Hari Kalendar Hindu

Dalam kalendar Hindu, satu hari bermula dengan waktu matahari terbit setempat. Setiap hari ini terdiri daripada lima aṅga atau sifat, iaitu:

  1. Tithi: satu daripada 30 pecahan dalam bulan sinod yang aktif ketika matahari terbit
  2. Vāsara: (istilah purba), vāra (istilah masa kini), seperti ravi-vāra, somā-vāra, dsb. atau hari yang mana dalam seminggu
  3. Nakṣatra: satu daripada 27 pecahan ekliptik samawi di mana letaknya bulan sewaktu matahari terbit
  4. Yoga: satu daripada 27 pecahan pada garis bujur ekliptik matahari dan bulan yang aktif ketika matahari terbit
  5. Karaṇa: pecahan berasaskan tithi yang timbul ketika matahari terbit

Kelima-lima sifat ini sekali gus dipanggil pañcāṅga (Sanskrit: pañca = lima). Berikut adalah penerangan untuk setiap satu istilah tadi.

Vāsara

Vāsara memaksudkan hari dalam seminggu (Ahad, Isnin, Selasa dsb.), dan menunjukkan persamaan yang ketara dengan penamaan hari-hari dalam seminggu dalam kebudayaan Barat:

Nama bahasa MelayuNama bahasa SanskritNama bahasa TamilNama bahasa Inggeris/LatinJasad samawi
AhadRavivāsara
रविवासर
Ñāyiṟu
ஞாயிறு
Sunday/dies SolisRavi = Matahari
IsninSomavāsara
सोमवासर
Tiṅkaḷ
திங்கள்
Monday/dies LunaeSoma = Bulan
SelasaMaṅgalavāsara
मंगलवासर
Cevvāy
செவ்வாய்
Tuesday/dies MartisMaṅgala = Marikh
RabuBudhavāsara
बुधवासर
Putaṉ
புதன்
Wednesday/dies MercuriiBudha = Utarid
KhamisGuruvāsara
गुरुवासर
Viyāḻaṉ
வியாழன்
Thursday/dies IovisDeva-Guru Bṛhaspati = Musytari
JumaatŚukravāsara
शुक्रवासर
Veḷḷi
வெள்ளி்
Friday/dies VenerisŚukra = Zuhrah
SabtuŚanivāsara
शनिवासर
Caṉi
சனி
Saturday/dies SaturnisŚani = Zuhal

Istilah -vāsara lazimnya terbentuk menjadi vāra atau vaar dalam bahasa-bahasa keturunan Sanskrit, namun juga terdapat perbezaan setempat yang menggunakan nama ganti jasad-jasad samawi yang terlibat.

Tithi

Tithi merupakan hari qamari, atau masa yang diambil oleh sudut garis bujur di antara bulan dan matahari untuk maju 12°. Tithi bermula pada waktu yang berbeza-beza, dan juga berbeza-beza jangka masanya dari kira-kira 19 hingga 26 jam.[2]

Terdapat 30 tithi dalam setiap bulan qamari, iaitu seperti berikut:

Sl.NoKrishna paksha
(dua minggu gelap)
Shukla paksha
(dua minggu terang)
DewaKegiatan yang sesuai
1PratipadPratipadAgnisemua jenis upacara bertuah dan keagamaan
2DwitiyaDwitiyaVidhatr/Bramhamenyediakan asas bangunan atau benda-benda lain yang bersifat kekal lama
3TritiyaTritiyaGaurimenggunting rambut, memotong kuku atau bercukur
4ChaturthiChaturthiYama/Ganapatimenghapuskan musuh, menanggalkan halangan, serta berperang
5PanchamiPanchamiNāgamemberikan ubat, membuang racun dan membedah
6ShashtiShashtiKarttikeyaupacara pemahkotaan, berkawan baru, pesta dan keriangan
7SaptamiSaptamiSuryamemulakan perjalanan, membeli kenderaan, berurusan dengan benda-benda boleh gerak
8AshtamiAshtamiRudramengangkat senjata, membina atau menguatkan pertahanan
9NavamiNavamiAmbikaamembunuh musuh, memusnah, melakukan keganasan
10DasamiDashamiDharmarajaperbuatan murni, acara keagamaan, amalan rohani, kegiatan alam yang lain
11EkadasiEkadashiRudraberpuasa, bersembahyang, memperingati Bhagavan
12DvadasiDwadashiVishnu/Adityaupacara keagamaan, menyala api suci, menjalankan kewajipan
13TrayodasiThrayodashiKamadevaberkawan baru, naik syahwat, perayaan
14ChaturdashiChaturdashiKalimemberikan ubat, menyeru semangat dan roh
15Amavasya
(anak bulan)
Purnima
(bulan purnama)
Pitru-devaAmavasya: amalan kezahidan, menyembah roh mereka yang meninggal
Purnima: berpesta pora, korban api

Nakṣatra

Ekliptik terbahagi kepada 27 nakṣatra yang jugal dikenali sebagai asterisme.

Ini mencerminkan kitaran bulan terhadap bintang-bintang tetap, 27 hari dan 7¾ jam, yang mana bahagian yang berpecahan itu diganti dengan nakṣatra ke-28 'lompat' yang bernama Abhijit.

Pengiraan Nakṣatra nampaknya sudah wujud sejak zaman Ṛgveda(Alaf ke-2 hingga pertama SM).

Ekliptik ini terbahagi kepada Nakṣatra ke arah timur mulai titik rujukan yang lazimnya merupakan titik pada ekliptik yang terletak betul-betul bertentangan dengan bintang Spica (Citrā dalam bahasa Sanskrit). Titik itu dipanggil meṣādi - "pangkal Aries"; ketika inilah equinoks — apabila ekliptik bertemu dengan khatulistiwa — dahulunya berada di Aries (kini, ia berada di Pisces, 28 darjah sebelum Aries bermula). Beza antara meṣādi dan ekuinoks masa kini ialah ayanāṃśa, menunjukan berapa banyak darjah dan minit majunya ekliptik dari kedudukan tetapnya (ikut bintang). Dengan kitaran 25,800 tahun bagi liukan ekuinoks, ekuinoks itu berada betul-betul bertentangan dengan bintang Spica tahun pada 285 M, sekitar tarikh Sūrya Siddhānta.[3][4]

Yang berikut ialah senarai Nakṣatra dengan pecahan angkasa masing-masing, menurut Basham.[5] Sudah tentu terdapat pelbagai versi dengan perbezaan yang kecil. Nama-nama pada lajur kanan merupakan padanan kasar nakṣatra dengan nama-nama bintang masa kini. Perhatian: nakṣatra (dalam konteks ini) bukan sekadar bintang tunggal, bahkan juga segmen-segmen pada ekliptik yang bercirikan sebutir atau segugusan bintang; maka setiap nakṣatra disebut lebih daripada sebutir bintang.

#Nama SanskritNama TamilNama Barat
1Aśvinī
अश्विनी
Asvini
அஸ்வினி
β dan γ Arietis
2Bharaṇī
भरणी
Baraṇi
பரணி
35, 39, dan 41 Arietis
3Kṛttikā
कृत्तिका
Kārtthikai
கார்த்திகை
Pleiades
4Rohiṇī
रोहिणी
Rōhiṇi
ரோகிணி
Aldebaran
5Mṛgaśīrṣa
म्रृगशीर्षा
Mirugasīridam
மிருகசீரிடம்
λ, φ Orionis
6Ārdrā
आद्रा
Thiruvādhirai
திருவாதிரை
Betelgeuse
7Punarvasu
पुनर्वसु
Punarpūsam
புனர்பூசம்
Castor dan Pollux
8Puṣya
पुष्य
Poosam
பூசம்
γ, δ dan θ Cancri
9Aśleṣā
आश्लेषा
Āyilyam
ஆயில்யம்
δ, ε, η, ρ, dan σ Hydrae
10Maghā
मघा
Magam
மகம்
Regulus
11Pūrva Phalguṇī
पूर्व फाल्गुनी
Pūram
பூரம்
δ dan θ Leonis
12Uttara Phalguṇī
उत्तर फाल्गुनी
Utthiram
உத்திரம்
Denebola
13Hasta
हस्त
Astham
அஸ்தம்
α, β, γ, δ dan ε Corvi
14Citrā
चित्रा
Chithirai
சித்திரை
Spica
15Svāti
स्वाति
Swathi
சுவாதி
Arcturus
16Viśākha
विशाखा
Visakam
விசாகம்
α, β, γ dan ι Librae
17Anurādhā
अनुराधा
Anusham
அனுஷம்
β, δ dan π Scorpionis
18Jyeṣṭha
ज्येष्ठा
Kettai
கேட்டை
α, σ, dan τ Scorpionis
19Mūla
मूल
Mūlam
மூலம்
ε, ζ, η, θ, ι, κ, λ, μ dan ν Scorpionis
20Pūrvāṣāḍha
पूर्वाषाढा
Pūradam
பூராடம்
δ and ε Sagittarii
21Uttarāṣāḍha
उत्तराषाढा
Uthirādam
உத்திராடம்
ζ dan σ Sagittarii
22Śravaṇa
श्रवण
Tiruvōnam
திருவோணம்
α, β dan γ Aquilae
23Śraviṣṭhā atau Dhaniṣṭha
श्रविष्ठा atau धनिष्ठा
Aviṭṭam
அவிட்டம்
α hingga δ Delphinus
24Śatabhiṣak atau Śatatārakā
शतभिषक् / शततारका
Sadayam
சதயம்
γ Aquarii
25Pūrva Bhādrapadā
पूर्वभाद्रपदा
Pūraṭṭādhi
பூரட்டாதி
α dan β Pegasi
26Uttara Bhādrapadā
उत्तरभाद्रपदा
Uttṛṭṭādhi
உத்திரட்டாதி
γ Pegasi dan α Andromedae
27Revatī
रेवती
Rēvathi
ரேவதி
ζ Piscium

Yoga

Perkataan yoga dalam bahasa Sanskrit bererti "kesatuan", tetapi dalam konteks pengiraan astronomi, ertinya ialah "penjajaran". Mula-mula, hitung jarak sudut di sepanjang ekliptik setiap objek mulai Meṣadi (seperti yang diterangkan di atas): inilah garis bujur objek berkenaan. Ditambah pula garis bujur matahari dan garis bujur bulan, lalu dinormalkan kepada nilai di antara 0° hingga 360° (jika melebihi 360, tolak 360). Jumlah ini dibahagikan kepada 27 pecahan yang sama rata. Setiap pecahan kini bersamaan 800' (yang mana ' merupakan simbol minit arka, iaitu 1/60 darjah). Pecahan-pecahan ini dpanggil yoga, iaitu:

  1. Viṣkambha
  2. Prīti
  3. Āyuśmān
  4. Saubhāgya
  5. Śobhana
  6. Atigaṇḍa
  7. Sukarma
  8. Dhṛti
  9. Śūla
  10. Gaṇḍa
  11. Vṛddhi
  12. Dhruva
  13. Vyāghatā
  14. Harṣaṇa
  15. Vajra
  16. Siddhi
  17. Vyatipāta
  18. Variyas
  19. Parigha
  20. Śiva
  21. Siddha
  22. Sādhya
  23. Śubha
  24. Śukla
  25. Brahma
  26. Māhendra
  27. Vaidhṛti

Sudah tentu wujudnya kelainan kecil. Yoga yang aktif ketika matahari terbit pada sehari menjadi yoga yang utama dalam hari itu.

Karaṇa

Karaṇa ialah separuh tithi, atau setepatnya, masa yang diperlukan untuk jarak sudut di antara matahari dan bulan untuk maju 6° mulai 0°. (Bandingkan dengan takrifan bagi tithi di atas.)

Oleh sebab terdapat 30 tithi dan 1 tithi bersamaan 2 karaṇa, maka adalah diduga bahawa terdapat 60 karaṇa, tetapi sebenarnya hanya terdapat 11 jenis karaṇa yang mengisi 30 tithi itu, iaitu empat sthirakaraṇa (tetap) dan tujuh carakaraṇa (berulang).

Empat sthirakaraṇa:

  1. Śakuni
  2. Catuṣpāda
  3. Nāga
  4. Kiṃtughna

Tujuh carakaraṇa

  1. Vava / Bava
  2. Valava / Bālava
  3. Kaulava
  4. Taitila / Taitula
  5. Gara / Garaja
  6. Vaṇija
  7. Viṣṭi (Bhadra)
  • Separuh awal tithi pertama (dalam Śukla Pakṣa) semestinya 'Kiṃtughna karaṇa, yakni sthirakaraṇa.
  • Kemudian, tujuh carakaraṇa berulang lapan kali untuk meliputi 56 separuh tithi yang seterusnya.
  • Tiga separuh tithi yang terakhir mengambil tiga sthirakaraṇa yang tinggal mengikut turutan.
  • Oleh itu, dapalah 60 karaṇa daripada 11 karaṇa yang ditetapkan itu.

Karaṇa pada waktu matahari terbit merupakan karaṇa yang utama untuk sepanjang hari.

Berkaitan